Jumaat, 2 Oktober 2020 | 12:56am

Messi, Ronaldo bertembung

LONDON: Dua seteru bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi akan berentap buat kali pertama di peringkat kumpulan Liga Juara Juara selepas Juventus diundi bersama Barcelona dalam Kumpulan G.

Ia susulan keputusan undian yang berlangsung di ibu pejabat Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) di Nyon, Switzerland sebentar tadi dengan aksi terbabit pasti menjadi perlawanan tumpuan.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool turut berdepan dua lawan sukar iaitu Ajax dan Atalanta dalam Kumpulan D sementara Manchester United sekali lagi akan bertemu Paris Saint Germain.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer tampak berdepan laluan sukar apabila bakal bertemu semifinalis musim lalu, RB Leipzig dan Istanbul Basaksehir dalam aksi Kumpulan H.

Manchester City pula terlepas daripada diundi bersama Bayern Munich dan Real Madrid apabila bakal bertemu Porto, Olympiacos dan Marseille dalam Kumpulan C.

Chelsea pula diundi dalam Kumpulan E bersama juara Liga Europa, Sevilla, Krasnodar dan Rennes.

Penyandang juara, Bayern Munich bakal diuji menentang Atletico Madrid, RB Salzburg dan juga Lokomotiv Moscow dalam Kumpulan A.

UNDIAN PENUH LIGA JUARA JUARA

Kumpulan A

Bayern Munich, Atletico, RB Salzburg, Lokomotiv Moscow

______________________

Kumpulan B

Real Madrid, Shakhtar, Inter Milan, Monchengladbach

______________________

Kumpulan C

Porto, Man City, Olympiakos, Marseille

______________________

Kumpulan D

Liverpool, Ajax, Atalanta, FC Midtjylland

______________________

Kumpulan E

Sevilla, Chelsea, Krasnodar, Rennes

______________________

Kumpulan F

Zenit, Dortmund, Lazio, Club Brugge

______________________

Kumpulan G

Juventus, Barcelona, Dynamo Kiev, Ferencvarosi TC

______________________

Kumpulan H

Paris Saint-Germain, Man Utd, RB Leipzig, Instanbul Basaksehir

Berita Harian X