Rabu, 16 September 2020 | 8:02am
Bale mahu ke Liga Perdana selepas diketepikan Real Madrid. - AFP
Bale mahu ke Liga Perdana selepas diketepikan Real Madrid. - AFP

Tottenham sedang berbincang dapatkan Bale

LONDON: Ejen Gareth Bale sedang berbincang dengan Tottenham mengenai perjanjian yang boleh menyaksikan penyerang Real Madrid itu kembali ke kelab lamanya.

Bale tidak digunakan pengurus Real, Zinedine Zidane dan bintang Wales itu berkata awal bulan ini bahawa dia terbuka untuk menyertai kelab Liga Perdana.

Sebelum ini dilaporkan di England bahawa Tottenham dan Manchester United berminat bagi mendapatkan Bale.

Kini Tottenham sudah membuka perbincangan dengan wakil Bale mengenai potensi perpindahan, mungkin sekadar pinjaman tetapi perpindahan terus juga tidak boleh ditolak pada tahap ini.

"Gareth masih sayangkan Spurs," kata ejen Bale, Jonathan Barnett kepada BBC Sport Wales semalam.

"Kami sedang berbincang. Ia tempat dia mahu pergi."

Bale masih memiliki kontrak dua tahun dan menerima sekitar £600,000 seminggu (RM3.19 juta) di Real. - AFP

Berita Harian X