Rabu, 19 Ogos 2020 | 6:53am
Neymar beraksi cemerlang ketika membantu PSG mengatasi RB Leipzig 3-0 pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - AFP
Neymar beraksi cemerlang ketika membantu PSG mengatasi RB Leipzig 3-0 pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - AFP

Neymar bantu PSG ke final

LISBON: Paris Saint-Germain mara ke final Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali selepas gol-gol jaringan Marquinhos, Angel Di Maria dan Juan Bernat memberikan mereka kemenangan 3-0 ke atas RB Leipzig di Lisbon.

Babak pertama berakhir 2-0, dengan kedua-dua jaringan hasil umpanan Neymar, yang meneruskan rentak cemerlangnya ketika suku akhir menentang Atalanta minggu lalu.

Gol Bernat hadir pada minit ke-55 untuk menutup peluang kebangkitan Leipzig pada pertemuan kelompok empat terakhir itu.

Pertahanan PSG, Juan Bernat melihat rembatannya menewaskan penjaga gol Leipzig, Peter Gulacsi pada perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi. - Foto AFP
Pertahanan PSG, Juan Bernat melihat rembatannya menewaskan penjaga gol Leipzig, Peter Gulacsi pada perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi. - Foto AFP

"Kami mahu mencatat sejarah dan kami berjaya melakukannya. Jika kami meneruskan corak permainan hari ini, ia akan membantu kami di final nanti," kata Di Maria.

Bayern Munich dan Lyon akan bertemu dalam satu lagi aksi separuh akhir awal pagi esok untuk menentukan siapa bakal bertemu PSG di final Ahad ini.

PSG kendalian Thomas Tuchel adalah kelab Perancis pertama mara ke final kejohanan Eropah itu sejak Monaco pada tahun 2004. - AFP

Penyerang PSG, Neymar (dua dari kanan) meloloskan diri dari pemain Leipzig pada aksi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang PSG, Neymar (dua dari kanan) meloloskan diri dari pemain Leipzig pada aksi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi. - Foto AFP

Berita Harian X