Khamis, 4 Jun 2020 | 10:20pm
Mercedes-Benz ‘G-Wagon’. - Foto hiasan
Mercedes-Benz ‘G-Wagon’. - Foto hiasan

3 bintang United beli Mercedes-Benz 'G-Wagon'

LONDON: Bintang Manchester United iaitu Daniel James, Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka membelanjakan wang mereka dengan membeli kereta Mercedes-Benz 'G-Wagon' yang berharga 90,000 pound (RM480,741).

Ketiga-tiga pemain itu meniru rakan sepasukan mereka, Marcus Rashford dan Phil Jones yang sebelum ini membeli model kereta sama yang disifatkan mesti ada buat golongan kaya dan popular.

Hanya dua minggu lalu, semua bintang United itu kembali menjalani latihan bersama sejak dua bulan lalu selepas lulus ujian COVID-19.

Pemain United kini sudah kembali menjalani latihan seperti biasa di Kompleks Latihan Carrington dengan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijadual kembali bersambung pada 17 Jun ini.

Semua pemain dikerah menjalani latihan berat dan James, Shaw serta Jones membuat keputusan untuk menghadiahkan kepada diri mereka sendiri atas kerja keras itu dengan jentera berharga 90,000 pound (RM480,741) itu.

- AGENSI

Berita Harian X