Ahad, 31 Mei 2020 | 10:55am
PEMAIN Gremio Brazil, Everton Soares menjalani ujian sebelum sesi latihan di Arena do Gremio, Porto Alegre, Brazil. - Foto AFP
PEMAIN Gremio Brazil, Everton Soares menjalani ujian sebelum sesi latihan di Arena do Gremio, Porto Alegre, Brazil. - Foto AFP

Presiden Brazil mahu bola sepak kembali

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil mahu bola sepak disambung walaupun juara Piala Dunia lima kali itu menjadi tempat penularan utama COVID-19.

Brazil sangat sinonim dengan bola sepak dan ramai pemain terhebat sepanjang zaman dari Pele kepada Neymar datang dari negara berkenaan.

Namun Brazil juga menjadi pusat penularan utama di negara Amerika Latin itu.

Jumlah kematian akibat pendemik itu di Brazil mencecah 27,878 orang seperti dilaporkan pihak berkuasa Jumaat lalu, mengatasi jumlah di Sepanyol dan negara kelima tertinggi di dunia.

Bola sepak digantung di Brazil sejak pertengahan Mac namun Presiden Jair Bolsonaro baru-baru ini memberitahu Radio Guaiba bahawa pemain bola sepak tidak mudah sakit akibat COVID-19.

"Pemain bola sepak adalah atlet muda, risiko kematian jika mereka terkena coronavirus boleh menurun," kata Bolsonaro.

Presiden berkenaan berkata, motivasi utamanya mahukan bola sepak kembali ialah membendung masalah pengangguran dan perkara lain yang berlaku akibat keadaan itu.

"Pemain perlu teruskan hidup," katanya sambil menjelaskan ketika sebahagian pemain terkenal menerima bayaran lumayan, pemain daripada liga kecil perlu bermain untuk 'memberi makan keluarga'.

Bagaimanapun mengikut politik Brazil, permintaan Bolsonaro tidak cukup untuk membolehkan bola sepak bersambung.

Ia mesti dilakukan pihak berkuasa negeri dan majlis. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X