X
Ahad, 31 Mei 2020 | 7:44am

COVID-19: Tiada positif di Liga Perdana

LONDON: Tiada penemuan positif dicatatkan pada ujian terbaharu COVID-19 di Liga Perdana, umum liga utama England itu awal pagi tadi.

Pusingan keempat ujian itu menyaksikan 1,130 pemain dan kakitangan kelab diuji dan tiadanya kes baharu memberi keyakinan untuk Liga Perdana meneruskan perancangan untuk kembali bermain pada 17 Jun.

"Liga Perdana hari ini mengesahkan bahawa pada Khamis 28 Mei dan Jumaat 29 Mei, 1,130 pemain dan kakitangan kelab diuji COVID-19," kata kenyataan itu.

"Daripada itu, tiada diuji positif".

Ia bermakna hanya ada 12 kes positif daripada keseluruhan 3,882 ujian dibuat sejak pemain dan kakitangan Liga Perdana diuji awal bulan ini. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X