Jumaat, 29 Mei 2020 | 11:22pm
Frans Roman Guzman.
Frans Roman Guzman.

COVID-19 ragut nyawa bintang Bolivia, bapa dan pakcik

LA PAZ: Bola sepak Bolivia berkabung susulan kematian bintang bola sepak, presiden kelab dan pengurus akibat COVID-19.

Pemain berusia 25 tahun, Frans Roman Guzman yang beraksi bersama pasukan divisyen, University of Trinidad terkorban kerana virus itu selepas beberapa minggu dimasukkan hospital.

Kematian itu pasti menambah derita keluarga pemain itu yang sebelum ini kehilangan bapanya yang juga bekas presiden pasukan bola sepak, Belizario Roman dan bapa saudaranya yang juga pengurus Deportivo Perejique, Luis Carmelo.

Ketiga-tiga individu itu berasal dari Beni yang menjadi antara negeri paling teruk terjejas dengan COVID-19.

Berdasarkan laporan, mereka berkongsi kediaman di kawasan kejiranan Paititi bersama isteri Belizario dan dua anak perempuannya.

Presiden Persekutuan Bolasepak Bolivia (FBF), Angel Suarez berkata 'FBF melahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan Deibert Roman Guzman. Kami memohon kekuatan daripada Tuhan ketika detik sukar ini.

"Penyakit ini meragut nyawa orang yang kita kenali. Sebagai persatuan, kami mengambil berat terhadap apa yang terjadi di negara ini dan seluruh dunia.

"COVID-19 menjejaskan Beni. Kami harap semua dapat mengikut arahan kerajaan." - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X