Sabtu, 23 Mei 2020 | 1:48pm
Mauricio Pochettino. - Foto AFP
Mauricio Pochettino. - Foto AFP

Newcastle 'projek sempurna' Pochettino

LONDON: Mauricio Pochettino memberikan semangat tambahan buat pemilik baharu Newcastle dengan mengisytiharkan dia sudah bersedia untuk "satu projek sempurna".

Banyak kelab utama juga memantau keadaan selepas pengendali berusia 48 tahun dari Argentina itu yang dipecat oleh Spurs November lalu, menjadi ejen bebas minggu ini selepas tamat cuti rehat.

Pochettino berkata: "Anda sentiasa idamkan kelab sempurna. Satu projek sempurna.

"Saya terbuka untuk menanti projek itu berbanding negara. Ia mengenai kelab dan tentu saja orangnya, dimensi manusia."

Mirror Sport mendedahkan bulan lalu jika pembelian Newcastle oleh syarikat disokong Arab Saudi itu menjadi kenyataan, mereka menyasarkan pengendali itu yang pernah menukar Spurs daripada sekadar pasukan merebut tempat ke Liga Europa ke finalis Liga Juara-Juara.

Pengendali dari Argentina itu mengakui dia dan kakitangan kejurulatihan gembira jika sekali lagi bertugas di Liga Perdana.

Pochettino berkata: "Selepas enam bulan, tangki kami sudah penuh. Kami terlalu terbuka. Sudah tentu kami sukakan England, dan Liga Perdana. Kami rasa bagus di sini. Kami masih menetap di sini, di London.

"Saya tidak akan menukar (perasaan saya) ketika ini kerana saya sudah tidak terbabit dalam Liga Perdana. Kerana saya bukan lagi pengurus Tottenham, saya tidak akan mengubah visi saya.

"Saya nasih merasakan Liga Perdana adalah liga terbaik di dunia." - Agensi

Berita Harian X