Selasa, 19 Mei 2020 | 1:32pm
Nasser Al-Khelaifi (kiri) dan Cristiano Ronaldo.
Nasser Al-Khelaifi (kiri) dan Cristiano Ronaldo.

Al-Khelaifi cuba pikat Ronaldo

PARIS: Cristiano Ronaldo mendapat pujian daripada presiden Paris-Saint Germain, Nasser Al-Khelaifi, sekali gus menguatkan spekulasi berkenaan masa depan penyerang Juventus itu.

Ronaldo pernah dikaitkan dengan perpindahan ke PSG, dengan kelab gergasi Perancis itu berjaya mendapatkan bintang terbaik dunia termasuk

David Beckham, Neymar, Zlatan Ibrahimovic dan Kylian Mbappe sebelum ini.

Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid, Ronaldo kembali ke Turin dari Portugal dalam persiapan menghadapi sambungan saingan Serie A bersama Juventus.

Kontraknya bersama Juve berbaki dua tahun lagi, dan dia akan mencecah usia 37 tahun sebaik kontraknya tamat.

Namun pemenang lima gelaran Ballon d'Or itu masih berada di kemuncak prestasi - dan dengan koleksi kejuaraan liga di England, Sepanyol dan Itali, sertai lima trofi Liga Juara-Juara - tidak mustahil PSG akan menjadi destinasi seterusnya.

Al-Khelaifi tanpa berselindung menyatakan minatnya terhadap Ronaldo.

"Tahun demi tahun, dia menunjukkan keazaman yang unik, kekuatan karakter yang luar biasa.

"Dia sentiasa bersemangat untuk meningkatkan prestasinya setiap hari dan sering mencabar dirinya sendiri.

"Saya mengagumi keazamannya; dia adalah contoh hebat untuk semua atlet pada masa akan datang," kata Al-Khelaifi. - AGENSI

Berita Harian X