Rabu, 8 April 2020 | 10:14pm
Mourinho dirakam mengadakan latihan kecergasan bersama pemainnya.
Mourinho dirakam mengadakan latihan kecergasan bersama pemainnya.

Mourinho minta maaf

LONDON: Jose Mourinho memohon maaf selepas melanggar arahan penjarakan sosial susulan COVID-19 apabila mengadakan latihan bersama tiga pemainnya di taman London.

Beberapa keping gambar dan video tersebar menunjukkan pengurus Tottenham itu sedang berlatih bersama pemainnya termasuk pemain termahal ditandatangani kelab, Tanguy Ndombele dan Hadley Common di Utara London, semalam.

Pemain muda Ryan Sessegnon dan pertahanan tengah Davinson Sanchez, juga dirakam sedang berjoging.

Susulan arahan duduk di rumah dan hanya dibenarkan keluar untuk urusan penting, Mourinho mengakui kesilapannya.

Berdasarkan laporan Mirror, dia berkata: “Saya mengakui tindakan saya melanggar protokol kerajaan dan kita hanya perlu bersama ahli keluarga kita sendiri.

“Sangat penting supaya kita semua memainkan peranan dan mengikut nasihat kerajaan untuk menyokong wira kita di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan menyelamatkan nyawa,” katanya. - Agensi

Berita Harian X