Khamis, 26 March 2020 | 10:22pm
Wark pasrah dengan wabak COVID-19.
Wark pasrah dengan wabak COVID-19.

Wark tangguh kahwin

KUALA TERENGGANU: Pemain berdarah campuran Malaysia-Scotland, Stuart Wark mengakui merindui keluarganya di Scotland dan berhasrat pulang berjumpa dengan mereka.

Namun, perancang skuad Terengganu FC (TFC) itu berkata, dia pasrah dengan situasi terkini dan melupakan seketika hasrat itu selepas dunia kini dilanda wabak COVID-19.

Pemain yang mampu beraksi di posisi pertahanan itu tanpa berselindung turut melahirkan kebimbangan dengan keadaan keluarganya ketika wabak itu semakin menular.

Wark juga mengakui majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung tahun ini mungkin terpaksa ditangguhkan pada tarikh yang belum diketahui lagi.

"Mengenai tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia adalah langkah yang tepat.

“Jika semua mengikut PKP itu dan polisi yang diarahkan kerajaan, pastinya wabak itu akan dapat dibendung dan kita kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini.

"Justeru, saya minta semua berada di kediaman masing-masing dan mengikut panduan yang sudah digariskan," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X