X
Khamis, 26 March 2020 | 11:49am
Sancho jadi buruan United.
Sancho jadi buruan United.

United sedia labur demi Sancho

MANCHESTER: Manchester United yakin dapat mengikat Jadon Sancho dengan nilai 120 juta pound (RM624 juta) pada musim panas ini.

United mendahului kedudukan untuk membawa Sancho ke Liga Perdana Inggeris (EPL) memandangkan pencabar yang lain enggan memenuhi nilai perpindahan yang dimahukan Borussia Dortmund.

Sancho yang meninggalkan Manchester City untuk menyertai Dortmund pada 2017 muncul sebagai pemain muda paling menyerlah di Eropah ketika ini sekali gus menyaksikan nilainya melambung.

Beberapa pasukan turut mengintai pemain itu termasuklah Liverpool, Chelsea, Barcelona dan Real Madrid namun nilai perpindahan ditetapkan menyekat impian mereka.

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer dan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward berazam untuk mendapatkan pemain itu sekalipun perlu memecahkan rekod perpindahan kelab.

Ketika ini, 89 juta pound (RM463 juta) yang dibayar United kepada Juventus untuk mendapatkan Paul Pogba pada 2016 menjadi rekod perpindahan tertinggi pasukan itu. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X