Rabu, 25 March 2020 | 9:49am
Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane semakin pulih daripada kecederaan hamstring dan bersedia untuk kembali beraksi. - Foto Reuters
Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane semakin pulih daripada kecederaan hamstring dan bersedia untuk kembali beraksi. - Foto Reuters

Kane sasar cergas sebaik liga bersambung

LONDON: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane semakin pulih daripada kecederaan hamstring dan bersedia untuk kembali beraksi sebaik Liga Perdana Inggeris bersambung selepas penangguhan akibat COVID-19.

Kapten England itu menjalani pembedahan susulan kecederaan di Southampton pada aksi Tahun Baru dan dijangka kembali berlatih bulan depan.

“Daripada sudut pandangan rehabilitasi dan peribadi, saya semakin pulih. Saya di peringkat yang bagus dan bekerja keras, semakin baik dan hanya tunggu dan lihat apa yang berlaku kepada musim.

“Saya harap dapat kembali bersama pasukan dalam tempoh dua atau tiga minggu. Saya sedang membina semula kecergasan, jadi saya kini berada di landasan tepat,” kata Kane.

Kane meledak 17 gol untuk Tottenham musim ini sebelum cedera ketika kekalahan 1-0 di Southampton, permulaan kepada kemerosotan prestasi pasukan yang tergelincir ke tangga kelapan liga.

Mereka kini ketinggalan empat mata di belakang Manchester United yang menghuni tangga kelima liga, kelab yang sepatutnya menjadi lawan mereka sebelum liga ditangguhkan akibat COVID-19.

Baki sembilan perlawanan musim ini hanya akan diadakan selepas 30 April, dengan kelab-kelab bertanding akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan langkah seterusnya. – REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X