Rabu, 11 March 2020 | 10:29am
Gambar fail, Arturo Vidal (kiri) bersama Alexis Sanchez meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan menentang Jerman pada Piala Konfederasi FIFA Russia 2017. - Foto REUTERS
Gambar fail, Arturo Vidal (kiri) bersama Alexis Sanchez meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan menentang Jerman pada Piala Konfederasi FIFA Russia 2017. - Foto REUTERS

Chile mahu kuarantin Alexis Sanchez, Arturo Vidal

SANTIAGO: Bintang bola sepak Chile, Alexis Sanchez dan Arturo Vidal akan dikuarantin apabila mereka kembali ke negara mereka dari Eropah untuk bermain dalam kelayakan Piala Dunia bulan ini, kata Menteri Kesihatan Chile, semalam.

Pemain terbabit yang menandatangani kontrak dengan kelab Eropah - akan terbang ke Uruguay untuk kelayakan Piala Dunia pada 26 Mac dan kemudian ke Chile untuk berdepan Colombia.

Itali mengumumkan kuarantin dan menasihatkan semua tidak melakukan perjalanan tidak penting sehingga 3 April selepas angka kematian akibat COVID-19 di negara itu melonjak sebanyak 168 kepada 631 minggu ini.

"Kami tidak membezakan sebarang profesion kerana tiada siapa yang kebal terhadap virus ini dan sememangnya kuarantin yang ditentukan untuk Itali hari ini terpakai kepada semua orang," kata Menteri Kesihatan, Jaime Mañalich, menurut laman web berita tempatan Emol.

"Sudah tentu, jika pemain-pemain ini mahu menjalani latihan di rumah mereka, atau semua dikuarantin bersama di Juan Pinto Duran (stadium bola sepak kebangsaan), maka itulah yang mereka perlu patuhi.”

Suatu sumber di Persekutuan Bola Sepak Chile memberitahu Emol bahawa ia tidak diberitahu mengenai rancangan kuarantin untuk pemain.

"Setakat ini tiada perubahan dalam rancangan kami," kata sumber. "Apa yang menteri itu kata adalah suatu yang mengejutkan."

Sepanyol telah menangguhkan penerbangan dari Itali dan juga menasihatkan semua mengenai perjalanan yang tidak penting. Ia setakat ini melaporkan 36 kematian dan 1,639 kes disahkan. Itali mempunyai sekurang-kurangnya 10,149 kes.

Alexis Sánchez bermain untuk Inter Milan dan Vidal bermain untuk FC Barcelona. Pemain Chile lain yang mungkin dijangkiti ialah Gary Medel, yang bermain untuk kelab Itali, Bologna.

Pasukan Sanchez telah bermain dalam perlawanan Serie A di stadium kosong selepas kerajaan Itali mengharamkan perhimpunan besar minggu lalu.

Pada masa sama, terdapat banyak kesilapan di media sosial yang melaporkan Sanchez sendiri mungkin telah dijangkiti COVID-19 - laporan yang kemudian dijelaskan bahawa ia berlaku disebabkan oleh terjemahan yang buruk cerita mengenai pasukan Sanchez yang terjejas akibat larangan permainan.

Chile sedang menjejaki orang ramai yang pulang dari negara-negara yang terjejas oleh COVID-19 dalam usaha untuk membendung penularannya.

Setakat ini, 17 kes telah disahkan di negara Amerika Selatan itu. - REUTERS

Berita Harian X