Isnin, 9 March 2020 | 8:44am
Pemain Juventus, Aaron Ramsey (kiri) meledak ke gawang Inter Milan untuk gol pertama pasukannya di Stadium Allianz tanpa kehadiran penonton. - Foto REUTERS
Pemain Juventus, Aaron Ramsey (kiri) meledak ke gawang Inter Milan untuk gol pertama pasukannya di Stadium Allianz tanpa kehadiran penonton. - Foto REUTERS

Juventus rampas kedudukan pendahulu Serie A

MILAN: Juventus kembali merampas kedudukan teratas Serie A selepas menewaskan pencabar terdekat, Inter Milan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung secara tertutup susulan penularan COVID-19, awal pagi tadi.

Terdahulu, Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadofora mengarahkan semua perlawaan liga ditunda.

Kenyataannya itu menimbulkan kekecohan pada awal perlawanan membabitkan SPAL menentang Parma apabila pemain diarahkan masuk semula ke bilik persalinan ketika berada di terowong sebelum perlawanan diteruskan selepas 75 minit tertangguh.

Perlawanan Juventus menentang Inter di Turin tetap diteruskan biarpun tanpa kehadiran penonton di Stadium Allianz dengan juara bertahan itu kini berkelebihan satu mata di depan Lazio.

Jurulatih Juventus, Maurizio Sarri berkata ia adalah kemenangan yang penting buat anak buahnya tetapi mengingatkan mereka agar tidakterlalu selesa.

“Masih ada 12 lagi perlawanan yang perlu diharungi, perjalanan kami masih panjang.

“Ia keputusan yang positif apabila kami kurang memberikan ruang kepada pasukan seperti Inter melakukan percubaan tepat,” katanya.

Pada perlawanan itu, Aaron Ramsey meletakkan Juventus di depan menerusi jaringan minit ke-55, sebelum Paulo Dybala meledak gol kedua pada minit ke-67.

Sementara itu, Inter yang di bawah kendalian Antoni Conte berada di kedudukan ketiga liga, sembilan mata di belakang Juventus selaku pendahulu.

Bagaimanapun, anak buah Conte mempunyai satu perlawanan di tangan berbanding Juventus dan Lazio. – AFP

Pemain Juventus, Aaron Ramsey (dua dari kiri) menghalang penyerang Juventus, Lautaro Martinez. - Foto AFP
Pemain Juventus, Aaron Ramsey (dua dari kiri) menghalang penyerang Juventus, Lautaro Martinez. - Foto AFP

Berita Harian X