Isnin, 2 March 2020 | 1:08pm
PEMAIN Manchester City, Sergio Aguero cedera di lutut ketika final Piala Liga, awal pagi tadi. - Foto AFP
PEMAIN Manchester City, Sergio Aguero cedera di lutut ketika final Piala Liga, awal pagi tadi. - Foto AFP

Aguero yakin kembali cergas jumpa United

MANCHESTER: Sergio Aguero yakin dia akan kembali cergas menjelang pertemuan tetangga Manchester walaupun cedera ketika final Piala Liga awal pagi tadi.

Pemain Argentina itu cedera di lutut dalam kemenangan 2-1 Manchester City ke atas Aston Villa.

Namun penyerang itu yakin dia akan kembali cergas untuk bertemu seteru Manchester pada 8 Mac ini.

United sudah melayan kunjungan City sebanyak 22 kali dan menang 10 daripadanya, seri lima kali dan kalah tujuh.

“Saya tidak apa-apa, hanya hentakan di lutut,” kata Aguero yang terpaksa dikeluarkan di hujung perlawanan.

City kendalian Pep Guardiola memenangi kejohanan itu buat kali ketiga berturut-turut hasil jaringan Aguero dan Rodri.

“Gol itu, bagi saya, penting apabila pasukan menang, jadi saya gembira untuk gol itu tetapi saya lebih gembira kerana kami memenangi piala,” kata Aguero.

Piala Liga adalah trofi pertama City musim ini, walaupun mereka menewaskan Liverpool dalam Perisai Komuniti pada Ogos.

City akan berdepan Sheffield United dalam saingan Piala FA sebelum bertemu United kendalian Ole Gunnar Solskjaer. – AGENSI

 

Berita Harian X