Khamis, 27 Februari 2020 | 7:46am
Steven Gerrard meraikan kemenangan bersama pasukannya selepas tamat perlawanan. - Foto Reuters
Steven Gerrard meraikan kemenangan bersama pasukannya selepas tamat perlawanan. - Foto Reuters
Pemain tengah Rangers, Ryan Kent (kiri) bersaing dengan pemain Braga, Ricardo Horta dalam aksi di Stadium Municipal, Braga. - AFP
Pemain tengah Rangers, Ryan Kent (kiri) bersaing dengan pemain Braga, Ricardo Horta dalam aksi di Stadium Municipal, Braga. - AFP

Liga Europa: Rangers mara ke kelompok 16 akhir

BRAGA, Portugal: Steven Gerrard memuji persembahan sempurna Rangers kendaliannya yang mengatasi Braga 1-0 untuk menempah tempat ke kelompok 16 terakhir Liga Europa dengan kemenangan agregat 4-2.

Gerrard sebelum ini bimbang dengan prestasi anak buahnya yang ketinggalan 12 mata di belakang Celtic di persada Liga Scotland.

Tetapi bekas kapten Liverpool itu bangga selepas Ryan Kent meledak gol tunggal selepas sejam aksi di Portugal itu, dan pasukan pelawat berpeluang menjaringkan lebih banyak gol.

“Amat bangga dengan pemain-pemain. Mereka amat cemerlang. Saya rasa persembahan mereka sempurna,” kata Gerrard.

“Ini bukan nasib. Ia hasil kerja keras.”

Rangers turun tanpa penjaring terbanyak mereka Alfredo Morelos yang digantung permainan dan ketiadaan penyerang Colombia itu tampak memberi kesan apabila deretan peluang sepanjang babak pertama gagal disempurnakan.

Pemain pertahahan Braga, Raul (kiri) diasak pemain Rangers, Ianis Hagi dalam aksi Liga Europa di Stadium Municipal, Braga. - Foto AFP
Pemain pertahahan Braga, Raul (kiri) diasak pemain Rangers, Ianis Hagi dalam aksi Liga Europa di Stadium Municipal, Braga. - Foto AFP

Penggantinya Florian Kamberi membuat percubaan terlalu hampir kepada Matheus di gawang Braga sebelum Ianis Hagi – anak legenda Romania Gheorghe Hagi, menyaksikan rembatannya tersasar.

Hagi, meledak dua gol pada perlawanan pertama di Ibrox tetapi terlepas peluang meletakkan Rangers di depan menerusi sepakan penalti yang diselamatkan Matheus.

Bekas pemain sayap Liverpool, Kent memecah kebuntuan pada minit ke-61 untuk memastikan kemenangan ke atas Braga yang belum tewas dalam 11 perlawanan domestik terakhir mereka.

Ia adalah kemenangan pertama Rangers dalam pusingan kalah mati kejohanan Eropah sejak sembilan tahun. – AFP 

Berita Harian X