Rabu, 19 Februari 2020 | 11:00pm
Nemanja Matic dan keluarga meraikan ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang kesembilan. - IG @maticaleksandra
Nemanja Matic dan keluarga meraikan ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang kesembilan. - IG @maticaleksandra
Kek dihiasi dengan sembilan batang lilin selain jersi United yang tertulis nama Filip di belakangnya. - IG @maticaleksandra
Kek dihiasi dengan sembilan batang lilin selain jersi United yang tertulis nama Filip di belakangnya. - IG @maticaleksandra
- IG @maticaleksandra
- IG @maticaleksandra

Peminat kagum kek Old Trafford

LONDON: Nemanja Matic meraikan ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang kesembilan dengan sebuah kek bentuk Stadium Old Trafford yang mengagumkan.

Pasangan kepada bintang Manchester United itu, Aleksandra Pavic berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun Filip di laman Instagram miliknya.

Kek itu dihiasi dengan sembilan batang lilin selain jersi United yang tertulis nama Filip di belakangnya.

Kek itu menampakkan bentuk Stadium Old Trafford termasuk mempunyai patung Filip dalam memakai jersi The Red Devils - sesuatu yang disukai peminat.

Salah seorang peminat berkata: "Selamat hari jadi! Suka dengan kek Manchester United."

Seorang lagi berkata: "Kek itu sangat luar biasa."

Bekas pemain Chelsea itu turut membeli kek yang sama ketika sambutan ulang tahun ketujuh anaknya itu tetapi kali ini dianggap lebih menyerlah dengan tambahan hiasan pada kek berkenaan. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X