Khamis, 23 Januari 2020 | 9:02pm
Klopp akan membawa pasukannya berdepan Shrewsbury Town, awal pagi Isnin ini bagi saingan pusingan keempat Piala FA. - Reuters

Shrewsbury pula cuba nasib tundukkan Liverpool

LONDON: Pasukan divisyen ketiga, Shrewsbury Town akan cuba melakukan apa yang dilihat mustahil dicapai 39 lawan terakhir Liverpool sebelum ini dan mencipta kejutan terbesdar pada Piala FA awal pagi Isnin ini.

Stadium baharu Shrewsbury, New Meadow dengan kapasiti 10,000 tempat duduk pastinya akan penuh untuk menanti kunjungan skuad Juergen Klopp, yang selain pertembungan dalam Piala Liga berdepan Aston Villa yang menurunkan barisan muda, sudah lupa bagaimana rasanya tewas.

Jika Tranmere Rovers tewas kepada Watford awal pagi esok, Shrewsbury yang juga pasukan tangga ke-16 League One, akan menjadi pasukan kedua liga paling bawah terselamat dalam kejohanan tahun ini.

Berdasarkan kedudukan liga, mereka berada 59 tangga di belakang Liverpool.

Kehadiran mereka sekurang-kurangnya menambah sedikit majis pada pusingan keempat yang kekurangan saingan “klasik” merebut piala.

Juara bertahan Manchester City akan menanti kehadiran Fulham Ahad ini manakala Manchester United, yang diejek selepas kekalahan awal pagi tadi di tangan Burnley akan berdepan pesaing League One, Tranmere atau Watford. - Reuters

Berita Harian X