Rabu, 22 Januari 2020 | 2:23pm
KENYATAAN rasmi Facebook Pahang FA , akaun Twitter Pahang FA itu digodam  individu tidak bertanggungjawab.
KENYATAAN rasmi Facebook Pahang FA , akaun Twitter Pahang FA itu digodam  individu tidak bertanggungjawab.

PBNP mohon maaf klip video lucah di Twitter

KUANTAN:  Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) memohon maaf di atas paparan klip video berunsur lucah di laman sosial rasmi Twitter @The Official Pahang, semalam.

Menurut kenyataan rasmi Facebook Pahang FA , akaun Twitter Pahang FA itu digodam  individu tidak bertanggungjawab.

"Satu laporan sudah dibuat kepada pihak berkuasa kerana ia mencemarkan imej pasukan Pahang. Pihak kami memohon maaf di atas perkara yang berlaku. Twitter @

The OfficialPahang ditutup buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, peminat bola sepak, khususynya penyokong skuad Tok Gajah terkejut apabila mendapati klip video lucah di akaun Twitter Pahang FA.

Berikutan itu, pelbagai maklum balas dalam kalangan peminat yang terkilan kerana sepatutnya Twitter Pahang FA memberi tumpuan kepada laporan

berkaitan pembentukan pasukan.

Sebaliknya, akaun itu menjadi tumpuan peminat disebabkan klip video terbabit berbanding persiapan Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Setakat ini, Pahang belum membuat sebarang pengumuman berhubung pembentukan pasukan selepas beberapa pemain utama tidak dilanjutkan kontrak, termasuk empat import.

Dalam saingan Liga Super musim ini, skuad Pahang akan memulakan kempen bertemu musuh tradisi, Selangor di Stadium Darul Makmur, 29 Februari ini.

Berita Harian X