Selasa, 21 Januari 2020 | 7:16pm
Penjaga gol wanita Liverpool, Frances Kitching menunjukkan kecederaan ngeri dialaminya ketika terbabit dalam insiden ketika latihan minggu lalu. - Foto ihsan dailymail.co.uk/

Penjaga gol Liverpool cedera teruk

LIVERPOOL: Penjaga gol wanita Liverpool, Frances Kitching menunjukkan kecederaan ngeri dialaminya ketika terbabit dalam insiden ketika latihan minggu lalu.

Kitching tidak terbabit dalam saingan semalam ketika Liverpool menewaskan Bristol City 1-0 pada pertembungan Liga Super Wanita.

Dan pemain berusia 21 tahun itu memuatnaik ke akaun Instagram menerangkan kenapa dia tidak terbabit dalam perlawanan itu.

Kata: “Ini berlaku dalam latihan Selasa lalu, kerana itu saya tidak bersama rakan lain dalam perlawanan hari ini.

“Ini mungkin kecederaan paling teruk pernah saya alami sebagai penjaga gol tetapi selepas mengalami kesakitan yang teruk (dan kelihatan seperti anak patung kobis yang dijahit) saya akhirnya boleh berkata saya lebih baik sekarang dan sedia untuk bersama rakan lain!” – Agensi

 

 

Berita Harian X