Isnin, 6 Januari 2020 | 9:03am
PEMAIN Liverpool, Takumi Minamino (kiri) diasak pemain Everton, Gylfi Sigurdsson pada aksi Piala FA di Anfield, awal pagi tadi. - Foto AFP
PEMAIN Liverpool, Takumi Minamino (kiri) diasak pemain Everton, Lucas Digne pada aksi Piala FA di Anfield, awal pagi tadi. - Foto AFP

Klopp kagum aksi sulung Minamino

LONDON: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp menyifatkan Takumi Minamino sebagai “hebat dan luar biasa” selepas pemain Jepun itu tampil buat kali pertama dalam kemenangan 1-0 Piala FA ke atas Everton awal pagi tadi.

Minamino, 24, yang ditandatangani dari kelab Salzburg di Austria, sebahagian daripada wajah baharu Reds di Anfield.

Minamino hampir menjaringkan gol pada penampilan sulungnya untuk juara Eropah itu sebelum digantikan dengan Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-70.

Seorang lagi pemain muda, Curtis Jones memastikan kemenangan buat Liverpool selepas pertukaran berkenaan.

PEMAIN Liverpool, Takumi Minamino (kiri) diasak pemain Everton, Lucas Digne pada aksi Piala FA di Anfield, awal pagi tadi. - Foto AFP

“Hebat, luar biasa. Itulah pemain yang kami mahukan, betul-betul pemain yang kami harapkan,” kata Klopp.

“Perlawanan pertama anda dengan pasukan yang tidak anda kenali, jika ia sebuah pasukan yang sudah mantap pun sudah sukar – inikan pula pasukan yang baru dua kali berlatih bersama.

“Dan kemudian menampilkan permainan hebat begini, kemahiran bola sepak yang luar biasa, sikap yang menarik, menerajui permainan, sesuatu yang saya sukakan.” – AFP

 

Berita Harian X