Khamis, 2 Januari 2020 | 1:07pm
PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp bersama penyerang Jepun, Takumi Minamino. - Foto Facebook Liverpool FC

Everton ujian pertama Minamino

LONDON: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp berkata penyerang Jepun, Takumi Minamino bakal membuat penampilan sulung pada perlawanan Piala FA menentang Everton Ahad ini.

Minamino tiba dengan yuran perpindahan 7.25 juta pound (RM39.25 juta) dari Red Bull Salzburg dan menghadiri sesi latihan pertama bersama rakan pasukan baru di Liverpool semalam.

Dia tidak dapat menyertai Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana di laman sendiri menentang Sheffield United pada awal pagi esok disebabkan peraturan pendaftaran.

Tetapi Klopp memberi gambaran Minamino dijangka menyertai perlawanan menentang Everton di Stanley Park dalam pertemuan pusingan ketiga Piala FA.

“Pada masa ini kami tidak dibenarkan tetapi pada masa akan datang kami memikirkan untuk meletakkannya di dalam skuad,” kata Klopp.

”Kami mendapatkan pemain itu, dia di Salzburg, jadi buat masa ini tidak perlu mengubah apa-apa, biarlah menjadi diri sendiri dan kemudian kita berusaha bersama-sama tentang itu dan saya tidak sabar lagi.

“Itu adalah beberapa perkara yang kami bualkan, kami sudah mendatangani Takumi Minamino dari Salzburg, pemain yang menentang kami bermati-matian. Jadilah seperti itu dan semuanya akan menjadi baik.

“Kami ada beberapa pemain terbaik dunia, tetapi kami tidak membawa dia masuk supaya menerima “saya pemain nombor lima, enam, tujuh atau lapan’.

“Kami baru mula berkenalan sesama kami. Dia mempunyai banyak masa yang diperlukan tetapi sebanyak mana masa yang dia perlukan itu saya tak pasti.”

Pemain Jepun itu diberikan almari di antara dua bekas pemain Salzburg, Sadio Mane dan Naby Keita yang dilihat mampu membantunya menyesuaikan diri dengan lebih cepat. – AFP

Berita Harian X