Isnin, 23 Disember 2019 | 11:00am
Pengendali Watford, Nigel Pearson (kanan) menyambut pemainnya, Craig Cathcart sejurus tamat perlawanan menentang Manchester United, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Pengendali Watford, Nigel Pearson (kanan) menyambut pemainnya, Craig Cathcart sejurus tamat perlawanan menentang Manchester United, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Kami tidak bermain baik: Pearson

WATFORD, United Kingdom: Pengendali Watford Nigel Pearson berkata pasukannya beraksi kurang baik berbanding minggu lalu di Liverpool tetapi kerjasama berpasukan amat baik ketika menewaskan Manchester United 2-0 malam tadi.

“Ia penting selepas persembahan minggu lalu di Liverpool kami cuba mengulangi aspek positif permainan,” kata Pearson yang skuad kendaliannya tewas 2-0 di Anfied.

“Saya tidak rasa kami bermain sebaik minggu lalu tetapi cara kerja pasukan amat baik hari ini.”

United diaib kelab bawahan Liga Perdana Inggeris itu berikutan kesilapan mudah penjaga gol David de Gea yang gagal menangkap kemas percubaan Ismaila Sarr pada minit ke-50.

Watford menggandakan jaringan empat minit kemudian menerusi Troy Deeney dari titik penalti selepas Aaron Wan-Bissakan menjatuhkan Sarr.

“Saya amat kecewa kerana kami seharusnya mendapat mata bertemu pasukan-pasukan, seperti hari ini,” kata pengendali United Ole Gunnar Solskjaer yang sebelum ini mengharungi enam perlawanan tanpa kalah termasuk kemenangan ke atas Tottenham dan Manchester City.

Penjaga gol Manchester United, David de Gea gagal menyelamatkan gawang dari dibolosi bola rembatan pemain Watford, Ismaila Sarr. - Foto REUTERS
Penjaga gol Manchester United, David de Gea gagal menyelamatkan gawang dari dibolosi bola rembatan pemain Watford, Ismaila Sarr. - Foto REUTERS

“Saya pasti keyakinan mereka cukup rendah kerana berada di tangga tercorot liga. Kami pula berkeyakinan tinggi selepas apa yang kami lakukan sebelum ini.

“Tetapi ia tidak berlaku, tidak ada azam dan kesungguhan untuk menjadikan kami berhak memenangi perlawanan ini.

“Tidak ada alasan. Kami bersiap dengan baik dan tidak apa lagi yang boleh saya lakukan.”

 

Solskjaer memasukkan Mason Greenwood, Paul Pogba dan Juan Mata bagi mencetus kebangkitan tetapi tidak berhasil.

Ia adalah kemenangan pertama Watford di laman sendiri musim ini untuk menyamai kutipan mata Norwich City di tangga ke-19 pada 12 mata – enam mata dari zon selamat. – AFP

 

Berita Harian X