Ahad, 15 Disember 2019 | 8:49am
Pemain Barcelona, Antoine Griezmann (kiri) bersaing dengan penjaga gol Real Sociedad, Alejandro Remiro dalam aksi La Liga di Stadium Anoeta, San Sebastian. - Foto AFP
Pemain Barcelona, Antoine Griezmann (kiri) bersaing dengan penjaga gol Real Sociedad, Alejandro Remiro dalam aksi La Liga di Stadium Anoeta, San Sebastian. - Foto AFP

Kesilapan Ter Stegen buat Barca 'gigit jari'

MADRID: Barcelona memberikan Real Madrid peluang untuk mengisi tangga teratas La Liga menjelang pertembungan Clasico di Nou Camp, minggu depan selepas diikat 2-2 oleh Real Sociedad dalam aksi La Liga, awal pagi tadi.

Kesilapan oleh penjaga gol berbakat Barca, Marc-Andre ter Stegen memberikan tuan rumah gol penyamaan yang dicari-cari pada aksi di Anoeta membabitkan dua pasukan yang menggunakan corak permainan menyerang itu.

Jaringan Antoine Griezmann dan Luis Suarez dilihat berjaya mengubah situasi perlawanan selepas Mikel Oyarzabal meletakkan Sociedad mendahului tetapi kesilapan Ter Stegen yang mengasari Alexander Isak di kawasan penalti menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Pemain Real Sociedad, Alexander Isak (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan pasukan. - Foto AFP
Pemain Real Sociedad, Alexander Isak (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan pasukan. - Foto AFP

Real akan merampas tangga teratas La Liga daripada Barca dengan kelebihan dua mata jika menang ke atas Valencia, malam ini yang dilihat turut dilihat sebagai pelonjak moral menjelang pertemuan dengan seteru tradisinya itu.

“Perlawanan pada Rabu (awal pagi Khamis) pasti berbeza,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde. "Perlawanan itu mempunyai makna yang istimewa tetapi ada sesuatu yang kami perlu tingkatkan.”

Aksi pemain Barcelona, Luis Suarez (kanan) ketika berdepan dengan pemain Real Sociedad di Anoeta. - Foto Reuters
Aksi pemain Barcelona, Luis Suarez (kanan) ketika berdepan dengan pemain Real Sociedad di Anoeta. - Foto Reuters

Keputusan seri menyaksikan Barca kini mengumpul 35 mata daripada 16 perlawanan manakala Sociedad kini dibezakan tiga mata daripada pasukan tangga ketiga, Sevilla menunjukkan dengan jelas mereka adalah pencabar bagi tiket ke saingan Liga Juara-Juara musim ini. 

Sementara itu, satu lagi pencabar kejuaraan, Atletico Madrid masih perlu bekerja keras untuk mengejar kelompok teratas sekali pun meraih kemenangan ke atas Osasuna 2-0.

Skuad kendalian Diego Simeone itu mendominasi perlawanan dengan penjaga gol Osasuna, Sergio Herrera terpaksa bekerja keras untuk mengawal gawangnya daripada dibolosi sebelum tewas kepada gol Alvaro Morata pada minit ke-67 dan Saul Niguez pada minit ke-75.

Pemain Atletico Madrid, Alvaro Morata (tengah) mengawal bola dalam aksi di Wanda Metropolitano, Madrid. - Foto AFP
Pemain Atletico Madrid, Alvaro Morata (tengah) mengawal bola dalam aksi di Wanda Metropolitano, Madrid. - Foto AFP

“Kami mengharungi setiap perlawanan seolah-olah ia perlawanan terakhir kami dan kami amat mahukan kemenangan,” kata Simeone. “Kami memerlukannya dan pasukan mengambil satu lagi tanggungjawab yang besar selepas usaha yang kami lakukan di Liga Juara-Juara.” - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X