Sabtu, 14 Disember 2019 | 11:03pm
Reaksi Mohamed Salah selepas meledak gol kedua ketika menentang Watford di Anfield, sebentar tadi. - Foto Reuters
Reaksi Mohamed Salah selepas meledak gol kedua ketika menentang Watford di Anfield, sebentar tadi. - Foto Reuters

Salah hukum Watford

LIVERPOOL: Liverpool mencipta jurang 11 mata di persada Liga Perdana hasil dua jaringan Mohamed Salah namun pasukan itu juga harus berterima kasih kepada Watford yang mempersia-siakan beberapa peluang terbaik sebelum tewas 2-0 di Anfield.

Skuad Hornets kekal enam mata di zon penyingkiran namun pasti memikirkan bagaimana mereka pulang tangan kosong selepas mendapat banyak peluang berdepan juara Eropah itu.

Salah menampilkan dua cubaan dengan kualiti sebenar daripada skuad kendalian Jurgen Klopp dengan menyudahkan serangan balas pantas daripada sepakan sudut Watford untuk gol pembukaan sebelum mendapat gol kedua seminit sebelum tamat.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp memeluk Salah selepas perlawanan tamat. - Foto Reuters
Pengurus Liverpool, Juergen Klopp memeluk Salah selepas perlawanan tamat. - Foto Reuters

Nigel Pearson mengambil alih Watford buat pertama kali dan kelebihan pengurus baharu ditampilkan tidak menunjukkan perbezaan walaupun dipisahkan dengan 40 mata antara kedua-dua pasukan.

Pemain Liverpool, Xherdan Shaqiri (kiri) diasak pemain Watford, Kiko Femenia. - Foto Reuters
Pemain Liverpool, Xherdan Shaqiri (kiri) diasak pemain Watford, Kiko Femenia. - Foto Reuters

Namun perbezaan utama ialah di dalam kotak penalti apabila pasukan dengan jaringan terendah dalam liga itu melepaskan banyak peluang manakala Salah nyata berbisa. - AFP

Berita Harian X