X
Rabu, 11 Disember 2019 | 12:59pm
Bos sementara Arsenal, Freddie Ljungberg akan memimpin Gunners ke kelompok 32 terakhir. - Foto Reuters
Bos sementara Arsenal, Freddie Ljungberg akan memimpin Gunners ke kelompok 32 terakhir. - Foto Reuters

Arsenal, Rangers mahu teruskan kemaraan

PARIS: Naib juara musim lalu Arsenal dan skuad kendalian Steven Gerrard, Rangers kini memberi tumpuan kepada pusingan kalah mati Liga Europa awal pagi Jumaat ini dengan 19 kelab bersaing merebut 11 tempat terakhir.

Bos sementara Arsenal, Freddie Ljungberg akan memimpin Gunners ke kelompok 32 terakhir selepas Unai Emery dipecat apabila kalah 2-1 bulan lalu di tangan Eintracht Frankfurt.

Kemenangan 3-1 Isnin lalu mengatasi West Ham menamatkan rekod terburuk kelab itu sejak 1977 dan Arsenal hanya memerlukan satu mata di Standard Liege dekat Belgium untuk mara dari Kumpulan F.

Rangers terlepas peluang meraih kejuaraan utama dalam tempoh hampir sedekad hujung minggu lalu selepas tewas 1-0 di tangan Celtic pada final Piala Liga Scotland.

Rangers mendahului Kumpulan G dan akan mara jika mengelak kekalahan kedua dalam kejohanan itu ketika berdepan juara Switzerland, Young Boys.

“Kami ada perlawanan besar Khamis ini dan tiada perlawanan lain lebih sesuai untuk bangkit,” kata Gerrard.

“Kami perlu mengatasinya, mengingatinya dan bersedia untuk memberikan diri kami satu lagi peluang. Persembahan seperti itu akan membawa kami ke tempat yang kami sasarkan.

“Ia mungkin masih terlalu awal tetapi keutamaan kami ialah bola sepak. Kami akan menderita tetapi kami akan bangkit.” - AFP

Berita Harian X