Ahad, 8 Disember 2019 | 10:16am
Pemain Paris Saint-Germain, Neymar (kiri) bersaing dengan pemain Montpellier, Pedro Mendes dalam aksi di Montpellier. - Foto AFP
Pemain Paris Saint-Germain, Neymar (kiri) bersaing dengan pemain Montpellier, Pedro Mendes dalam aksi di Montpellier. - Foto AFP

Neymar cemerlang bantu PSG benam Montpellier

PARIS: Neymar meledak sepakan percuma menarik dan membantu untuk satu lagi gol ketika Paris Saint-Germain membenam cabaran Montpellier yang bermain 10 orang 3-1 awal pagi tadi dan mencipta jurang lapan mata di persada Ligue 1.

Montpellier, yang tidak pernah tewas di laman sendiri sejak hari pembukaan musim, mendahului pada minit ke-41 di Stade de la Mosson apabila tandukan Daniel Congre membias ke gawang sendiri oleh pemain tengah Argentina, Leandro Paredes.

PSG gagal menang tiga saingan terakhir di Montpellier dan terpaksa membuat dua perubahan awal apabila Presnel Kimpembe dan Idrissa Gueye mengalami kecederaan.

Namun Pedro Mendes yang dibuang padang pada minit ke-72 kerana kad kuning kedua kerana mengasari Neymar nyata menjadi detik penentu.

“Ia babak pertama yang sangat sukar. Kami tidak menunjukkan kekuatan sebenar kami tetapi kami membalasnya dengan baik pada babak kedua,” kata kapten PSG, Thiago Silva.

“Neymar akan kembali ke tahap terbaiknya sedikit demi sedikit. Dia masih belum berada di sana. Dia baru pulih daripada kecederaan. Saya harap dia akan bersedia untuk fasa penting musim ini terutama pada Mac dan April. 

“Dia akan membantu pasukannya.” - AFP

Berita Harian X