Khamis, 21 November 2019 | 7:00pm
Bekas pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino. - Foto EPA

'Tak sempat ucap selamat tinggal'

LONDON: Bekas pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino tidak berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepada pemainnya sejurus dipecat dan hanya sempat meninggalkan nota, menurut laporan media Britain.

Pengurus dari Argentina itu disingkirkan selepas lima tahun mengemudi kelab dari London itu dan pantas digantikan oleh Jose Mourinho dalam usaha Spurs bangkit daripada permulaan sukar.

Tottenham ketika ini mengisi tangga ke-14 Liga Perdana dan ketinggalan 11 mata daripada kedudukan empat terbaik selepas hanya mencatat tiga kemenangan daripada 12 perlawanan liga.

Sekali pun keputusan pemecatan Pochettino dibuat ketika rehat antarabangsa, ia dikatakan berlaku sangat pantas dan di sebalik mengadakan pertemuan, pengendali berusia 47 tahun itu hanya sempat menulis nota.

Menurut The Sun, nota berkenaan bertulis: “Minta maaf kerana tidak dapat berjumpa untuk mengucapkan selamat tinggal, kamu semua sentiasa berada dalam hati kami.”

Walaupun ada yang menyatakan hubungan di antara Pochettino dan bekas pemainnya ketika ini tegang susulan prestasi terumbang ambing Spurs, beberapa pemain turut mengucapkan selamat kepadanya.

Harry Kane menulis dalam Twitter: “Bos. Saya akan sentiasa berterima kasih kepada kami kerana membantu saya mencapai impian saya. 

“Kami memperoleh banyak tempoh yang menakjubkan sejak lima setengah tahun lalu dan saya tidak akan lupakannya. Kami bukan saja pengurus tetapi rakan saya dan saya berterima kasih atas hubungan itu.” - Agensi

Berita Harian X