Sabtu, 16 November 2019 | 8:09am
Penyerang Sweden, Marcus Berg (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika menentang Romania, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Sweden, Marcus Berg (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika menentang Romania, awal pagi tadi. - Foto AFP

Sweden sahkan tempat ke Euro 2020

BUCHAREST: Sweden mengesahkan tempat ke Euro 2020 selepas jaringan Marcus Berg dan Robin Quaison memastikan kemenangan 2-0 di Romania awal pagi tadi.

Keputusan itu memastikan tempat kedua Kumpulan F buat Sweden dengan 18 mata. 

Sepanyol yang mengesahkan tempat ke pusingan akhir bulan lalu, mendahului kumpulan dengan 23 mata daripada sembilan perlawanan selepas membelasah Malta 7-0. Romania ketiga dengan 14 mata.

Jurulatih Sweden, Janne Andersson menangis kegembiraan dengan persembahan pasukannya sambil berkata: “Ini menakjubkan, ia seperti tidak benar. Saya memiliki pemain yang hebat. Saya sangat gembira dan bangga.

“Saya menangis berbaki dua minit sebelum tamat. Pergi ke Euro satu perkara, pemain melakukannya bersama-sama ialah sesuatu yang menakjubkan, sangat menakjubkan.”

epa08000690 Sweden's Robin Quaison (2-nd L) in action against Romania's Nicuso Bancu (C) and Florinel Coman (2-nd R) during the UEFA EURO 2020 group F qualifying soccer match between Romania and Sweden, at National Arena stadium in Bucharest, Romania, 15 November 2019. EPA/ROBERT GHEMENT

Berg yang bercakap kepada TV4 Sweden berkata: “Banyak tekanan hari ini, tidak ramai merasakan kami boleh datang ke sini dan menewaskan mereka 2-0... saya rasa kosong, ia mengambil sedikit masa sebelum boleh menjaringkan gol.”

Berg meletakkan Sweden di depan pada minit ke-18 dengan tandukan mengatasi penjaga gol Ciprian Tatarusanu hasil hantaran lintang Emil Forsberg. Ia adalah jaringan antarabangsa ke-21 miliknya.

Pemain tengah, Quaison mengesahkan kemenangan 16 minit sebelum tamat dengan Berg menghasilkan umpanan. - Reuters

Berita Harian X