Jumaat, 15 November 2019 | 12:05pm
PEMAIN Turki, Zeki Celik diasak pemain Iceland, Kolbeinn Sigthorsson pada aksi kelayakan Euro 2020 di Sitanbul, malam tadi. - Foto Reuters

Kemaraan Turki beri kegembiraan

ISTANBUL: Turki melengkapkan kemaraan ke pusingan akhir Euro 2020 selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Iceland, tengah malam tadi yang turut mengesahkan tiket buat juara dunia, Perancis.

Kemenangan menyaksikan Turki ketika ini memiliki kelebihan empat mata di depan Iceland yang menghuni tangga ketiga Kumpulan H dengan Perancis yang menewaskan Moldova 2-1 mengungguli carta selepas mengutip 22 mata berbaki satu perlawanan.

“Kami semua amat gembira layak ke Euro. Kini kami hanya ada satu lagi perlawanan untuk diharungi, dan kemudian fokus terhadap kelab sehingga Mac,” kata pertahanan Leicester, Caglar Soyuncu.

PEMAIN Iceland, Arnor Traustason diasak pemain Turki, Mahmut Tekdemir pada aksi kelayakan Euro 2020 di Sitanbul, malam tadi. - Foto Reuters

Iceland memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang layak berikutan rekod pertemuan lebih baik dengan Perancis tetapi mereka kini terpaksa mengharungi aksi playoff.

“Kami datang ke sini selepas ketinggalan empat mata dan Turki adalah pasukan yang amat kuat. Kami sudah melakukan apa yang termampu,” kata penyerang Iceland, Mikael Anderson.

“Kami hampir memperoleh keputusan yang kami mahukan tetapi ia tidak mencukupi.” - AFP

PEMAIN Turki meraikan kejayaan selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Iceland di Istanbul, tengah malam tadi. - Foto EPA

Berita Harian X