Khamis, 14 November 2019 | 9:09pm
PENYOKONG Malaysia yang hadir bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Ekor Harimau gegar Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Hujan jelas tidak mematahkan semangat penyokong untuk hadir memberi sokongan kepada Harimau Malaya pada aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Walaupun hujan sejak petang tadi, lebih 30,000 'Ekor Harimau' tetap tidak berganjak dari bangku tempat duduk penonton.

Kumpulan Ultras Malaya terus menjadi 'penghulu' kepada penyokong Harimau Malaya dalam melaungkan irama semangat buat anak buah Tan Cheng Hoe.

Di sebalik puluhan ribu penyokong Harimau Malaya, terselit juga lebih 3,000 kumpulan penyokong Thailand yang turut enggan melepaskan peluang memberi sokongan kepada skuad Gajah Perang.

Aksi berdepan Thailand adalah perlawanan keempat yang diharungi Harimau Malaya dalam saingan Kumpulan G.

PENYOKONG Malaysia yang hadir bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Harimau Malaya sebelum ini berjaya menundukkan Indonesia 3-2 di Jakarta pada September lalu sebelum tewas 2-1 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di gelanggang sendiri dan tumbang 1-0 di tangan Vietnam.

Selepas Thailand, Harimau Malaya bakal melayan kunjungan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 November ini.

Berita Harian X