Khamis, 14 November 2019 | 7:39pm

Peraduan Mana Bola? BH dapat sambutan

KUALA LUMPUR: Peraduan Mana Bola? Berita Harian (BH) mendapat sambutan daripada penyokong pasukan Malaysia mahupun Thailand yang berada di perkarangan Stesen LRT Bukit Jalil sempena pertandingan bola sepak kelayakan Kumpulan G Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 hari ini.

Program promosi oleh kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad itu bermula dari jam 2 hingga 6 petang dan peserta berpeluang memenangi baucar iFlixVIP dan lawatan ke Zoo Negara.

BH akan meneruskan jualan pada perlawanan selanjutnya membabitkan Malaysia dan Indonesia pada Selasa depan (19 November).

Salah seorang pemenang peraduan Mana Bola? BH hari ini, Muhd Hafiz Aiman,18, berkata program anjuran BH itu membantu mendekatkan pembaca dengan akhbar sekali gus berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.


PENGUNJUNG melawat gerai Teka Bola anjuran akhbar BH, sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

“Hari ini saya mendapat baucar iFlixVIP dan baucar Zoo Negara. Jadi saya akan gunakan ia sebaiknya,” kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu di sini, hari ini.

Peraduan Mana Bola? di dalam akhbar BH turut memberi peluang kepada pembaca bertuah untuk memenangi wang tunai RM1,000 dan telefon pintar setiap minggu.

Menerusi peraduan itu, pembaca perlu mengumpul enam keratan gambar aksi perlawanan bola sepak yang disiarkan dalam akhbar BH dari Isnin hingga Sabtu setiap minggu, dan meneka kedudukan bola dalam gambar berkenaan.

Pembaca perlu menggunakan borang yang disiarkan dalam akhbar BH Ahad untuk menghantar penyertaan dan pembaca yang meneka kedudukan bola paling tepat berpeluang memenangi hadiah mingguan wang tunai RM1,000 dan telefon pintar.

Jika tiada pemenang pada minggu tertentu, hadiah akan dibawa ke minggu berikutnya sebagai hadiah terkumpul.

Sehingga kini, hadiah wang tunai terkumpul bernilai RM4,000 menanti pemenang untuk minggu kelima.

PENGUNJUNG melawat gerai Teka Bola anjuran akhbar BH, sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
PENGUNJUNG melawat gerai Teka Bola anjuran akhbar BH, sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
PENGUNJUNG melawat gerai Teka Bola anjuran akhbar BH, sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Berita Harian X