Rabu, 13 November 2019 | 7:48am
Fabian Delph. - Foto Reuters
Fabian Delph. - Foto Reuters

Delph terlepas peluang cabar Montenegro, Kosovo

LONDON: Fabian Delph tersisih daripada skuad England untuk berdepan Montenegro dan Kosovo dalam saingan peringkat kumpulan Kelayakan Euro 2020 susulan kecederaan, umum FA, pagi tadi.

Pemain midfield berusia 29 itu hadir ke kem latihan dengan kecederaan lama dan terpaksa pulang ke pangkuan Everton selepas dia disahkan tidak cergas untuk kedua-dua perlawanan berkenaan.

England kini menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan mengutip 15 mata daripada enam perlawanan dan akan menjamin tempat ke pusingan akhir andai merakam kemenangan ataupun seri di Wembley esok ataupun Kosovo kalah di tangan Republik Czech.

England akan bertandang ke Kosovo dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada Ahad.

England bagaimanapun tidak mencari pengganti kepada Delph meskipun pemain midfield Liverpool, Jordan Henderson yang digantung ketika aksi di Montenegro dipanggil melapor diri ke kem latihan semalam. – Reuters

Berita Harian X