Selasa, 12 November 2019 | 6:29pm
PEMAIN Liverpool, Joe Gomez (kiri) dan pemain Manchester City, Raheem Sterling bertelagah ketika aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin. - Foto REUTERS
PEMAIN Liverpool, Joe Gomez (kiri) dan pemain Manchester City, Raheem Sterling bertelagah ketika aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin. - Foto REUTERS

Sterling akui mental 'koyak'

LONDON: Raheem Sterling berkata dia membenarkan ‘emosi’ menguasai dirinya hingga bergaduh dengan pemain Liverpool, Joe Gomez yang menyebabkan pemain Manchester City itu digugurkan bagi saingan kelayakan Euro 2020 berdepan Montenegro.

Sterling mengakui di Instagram hari ini bahawa dia dan Gomez ‘bertelagah’ apabila mereka bertemu di kem England sehari selepas kemenangan 3-1 Liverpool mengatasi juara bertahan Manchester City yang menyebabkan Citu ketinggalan sembilan mata di belakang skuad Jurgen Klopp.

“Saya dan Joe masing-masing bertelagah dan saya menyelesaikanya,” kata Sterling.

“Kami berada dalam keadaan emosi yang tinggi dan saya berani mengakui emosi itu lebih menguasai saya.

“Kerana itu kami bermain sukan ini, kerana kami sayangkannya – saya dan Joe Gomez OK, kami berdua faham ia berlaku tiba-tiba... ia sudah selesai, kami menyelesaikannya dan tidak menjadikan ia lebih rumit.

“Mari fokus untuk perlawanan kami Khamis ini,” kata Sterling. - AFP

Berita Harian X