Isnin, 11 November 2019 | 10:34am
PEMAIN Pertahanan Argentina, Marcos Rojo digugurkan dari skuad Argentina bersama rakan sepasukan Roberto Pereyra.
PEMAIN Pertahanan Argentina, Marcos Rojo digugurkan dari skuad Argentina bersama rakan sepasukan Roberto Pereyra.

Argentina gugur Rojo, Pereyra uji Brazil

BUENOS AIRES: Pertahanan Argentina, Marcos Rojo dan Roberto Pereyra digugurkan daripada skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan menentang Brazil dan Uruguay tatkala Lionel Messi sedia kembali menguatkan pasukan.

Messi akan kembali selepas menamatkan penggantungan tiga bulan namun Rojo dan Pereyra tidak disenaraikan oleh jurulatih Lionel Scaloni.

Rojo terpaksa diketepikan selepas cedera ketika membantu kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Brighton and Hove Albion dalam siangan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, manakala Pereyra yang mewakili Watford mengalami kecederaan hamstring.

Argentina sebaliknya memanggil pemain Boca Juniors, Alexis Mac Allister untuk berdepan Brazil di Arab Saudi Jumaat ini sebelum menentang Uruguay di Tel Aviv pada 18 November.

Kapten Barcelona dan Argentina itu digantung oleh CONMEBOL pada Ogos dan didenda AS$50,000 (RM210,000) atas kesalahan mendakwa badan induk bolasepak Amerika Selatan itu terbabit rasuah ketika Argentina kalah di separuh akhir kepada Brazil dalam saingan Copa America.

Messi, 32, terlepas empat aksi Argentina, – semuanya pelawanan persahabatan yang menyaksikan mereka membelasah Ecuador (6-1) dan Mexico (4-0) dan seri menentang Chile (0-0) dan Jerman (2-2). – Agensi

Berita Harian X