Rabu, 6 November 2019 | 2:10pm
Pemain JDT menjulang Piala Malaysia ketika meraikan kejayaan menjuarai Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 menentang pasukan Kedah di Stadium Bukit Jalil, Sabtu lalu. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Kerajaan Johor janji ganjaran buat JDT

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan memberikan insentif kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah, Sabtu lalu.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata pihaknya sedang meneliti bentuk insentif berkenaan dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

"Insya-Allah kerajaan Johor akan memberi sedikit insentif kepada pasukan JDT kerana menjuarai Piala Malaysia.

"Kita sedang menelitinya tetapi berapa jumlah atau bentuknya perlu tunggu pengumuman lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO di Bangunan Bangunan Datuk Jaafar Muhammad, di sini,hari ini.

Sabtu lalu, Harimau Selatan membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan Kedah 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X