Khamis, 31 Oktober 2019 | 12:53pm
PENYOKONG JDT beratur membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara JDT dan KEDAH pada 2 November sabtu ini, di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto NSTP/Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU 31 OKTOBER 2019. Penyokong, JDT beratur membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara JDT dan KEDAH pada 2 November sabtu ini, di Stadium Nasional Bukit Jalil. NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN.

Penyokong JDT berkampung 24 jam di Stadium Larkin

JOHOR BAHRU: Hampir 24 jam menunggu. Itu antara pengorbanan penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Malah ada penyokong pasukan Harimau Selatan menunggu seawal jam 10 pagi semalam dengan berkhemah di persekitaran Stadium Tan Sti Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, bagi mendapatkan tiket yang mula dijual mulai jam 9 pagi tadi.

Sebanyak empat kaunter dibuka membabitkan kaunter wanita, kaunter pas bermusim dan dua kaunter terbuka.

Malah buat pertama kali Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membuka kaunter khas wanita sekali gus mengelak mereka bersesak dengan penyokong lelaki.

Tinjauan mendapati jualan tiket berjalan lancar dan teratur.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan PBNJ masing-masing menerima sejumlah 31,610 keping tiket bagi perlawanan akhir membabitkan dua pasukan berkenaan.

Pengagihan jumlah tiket itu termasuk 750 keping tiket kanak-kanak bagi setiap pasukan selepas ia diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan Piala Malaysia 2019 di Ibu Pejabat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Setiausaha Kehormat PBNJ, Kapten Mohd Anizam Jamian juga sebelum ini mengesahkan pengagihan jualan tiket sebanyak 26,610 keping kepada 10 daerah di negeri Johor.

Sebahagian tiket itu dijual di kaunter Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pagi ini.

Suri rumah, Rohana Abdul Rahman, 39, bersyukur tindakannya berkampung selama 24 jam di stadium berkenaan berbaloi kerana dapat membeli tiket final itu.

“Selepas seharian di sini sejak 10 pagi semalam, akhirnya saya dapat membeli dua tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir ini," katanya yang tinggal di Taman Selesa Jaya, Skudai.

Katanya, paling terharu, pihak pengurusan membuka kaunter khas bagi wanita.

“Jadi ada peluang kepada ibu-ibu untuk membeli tiket tanpa perlu berhimpit-himpit dengan lelaki," katanya.

Menurutnya, dia bercadang berkonvoi bersama keluarga dan rakan pada pagi Sabtu ini.

Pada masa sama, beranggapan JDT akan menang 2-0 dalam perlawanan itu.

Penyokong, Norita Suhud, 47, berkata dia bersyukur menjadi 10 wanita terawal mendapatkan tiket perlawanan akhir pagi ini.

“Bayangkan 24 jam saya di sini dan jam 9 pagi ini barulah saya dapat membeli tiket ini," katanya yang berasal dari Taman Sri Austin di sini.

Dia turut memuji pengurusan stadium menyediakan kaunter khas wanita, sekali gus memudahkan mereka mendapatkan tiket tanpa sebarang insiden.

Pemandu kenderaan e-hailing itu meramalkan kemenangan JDT dengan jaringan 3-1.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Rahman Yassin, Mohd Azman Azrul, 16, berkata dia dan keluarga berkhemah di stadium itu sejak 10 pagi semalam.

“Hasilnya berbaloi, selepas 24 jam menunggu, saya dapat membeli dua tiket perlawanan akhir JDT," katanya yang meramal kemenangan JDT 2-0.

Berita Harian X