Khamis, 31 Oktober 2019 | 2:11am
PEMAIN Chelsea, Christian Pulisic (kanan) meraikan jaringan bersama Fikayo Tomori. - Foto AFP
PEMAIN Chelsea, Christian Pulisic (kanan) meraikan jaringan bersama Fikayo Tomori. - Foto AFP

Strategi Lampard di Chelsea buah hasil

LONDON: Strategi Frank Lampard memberi peluang kepada pemain muda dan mengubah pendekatan Chelsea dengan meminjamkan mereka ke kelab lain mula membuahkan hasil, kata bintang yang semakin meningkat, Rose Mason.

Mount, 20, dan Fikayo Tomori, 21, mendapat pendedahan terbaik di bawah Lampard di Derby County ketika mereka dipinjamkan Chelsea musim lalu semasa kelab itu dikendalikan Maurizio Sarri.

Kedua-duanya kini menjadi antara pemain utama skuad The Blues dengan Lampard yang dilantik sebagai pengurus selepas Sarri berhijrah ke Juventus turut mengesan bakat penyerang muda Tammy Abraham dan Callum Hudson-Odoi.

Sarri dikritik oleh penyokong Chelsea apabila dikatakan terlepas pandang permain berbakat termasuk Ruben Loftus-Cheek yang beraksi baik bersama England pada Piala Dunia 2018.

Mount yang sudah tampil empat kali bersama England memaklumkan kepada The Daily Telegraph bahawa pengetahuan Lampard mengenai kelab dan sistem pembangunan pemain belia memberi bonus kepada bakat muda.

"Ia membantu pengurus England untuk mengenali semua pemain muda yang datang dari akademi, mengetahui kemampuan kami dan memberi keyakinan buat kami beraksi," kata Mount.

Mount berkata polisi pemilihan yang digunakan Lampard bukanlah sekadar kerana larangan perpindahan yang dikenakan ke atas kelab itu, tetapi juga atas faktor peminat yang ingin melihat bakat pemain muda England dipamerkan.

"Ia satu saat yang paling manis dan kami boleh merasai sokongan yang baik daripada penyokong. Ia sesuatu yang mereka mahukan sejak sekian lama, pemain muda England beraksi dan memberikan yang terbaik kepada kelab," katanya.

- AFP

Berita Harian X