Rabu, 23 Oktober 2019 | 4:12pm
PENGERUSI Jawatankuasa Teknikal NFDP, Datuk Seri Subahan Kamal berucap pada majlis perasmian `Bengkel Wilayah - Bola Sepak FIFA Untuk Program Sekolah’ di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Owee Ah Chun
PENGERUSI Jawatankuasa Teknikal NFDP, Datuk Seri Subahan Kamal berucap pada majlis perasmian `Bengkel Wilayah - Bola Sepak FIFA Untuk Program Sekolah’ di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Owee Ah Chun

Kebajikan pemain, gaji jurulatih antara dinilai semula di NFDP

PETALING JAYA: Kebajikan pemain dan kajian semula tangga gaji jurulatih adalah antara beberapa aspek yang akan dinilai semula untuk memastikan kualiti serta objektif Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) di landasan betul.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal NFDP, Datuk Seri Subahan Kamal berkata selain itu, peruntukan sebanyak RM45 juta dalam Belanjawan 2020 akan turut membantu menambahbaik kemudahan dalam program berkenaan.

"Saya lihat kita mesti guna peruntukan itu untuk baiki kemudahan di AMD. Kita kena lengkapkan dengan teknologi terkini dan kemudahan terbaik. Fokus juga perlu diberikan kepada kebajikan pemain dan jurulatih. Mereka berada di sana kerana sayangkan bola sepak. Itu pengorbanan mereka termasuk terpaksa berjauhan dengan keluarga.

"Jadi fokus mereka mesti kepada pembangunan bola sepak dan tidak boleh ada apa-apa gangguan," katanya katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian `Bengkel Wilayah - Bola Sepak FIFA Untuk Program Sekolah’ di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Subahan menyerahkan kepadan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atau Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menjelaskan perancangan secara terperinci.

Berita Harian X