Jumaat, 18 Oktober 2019 | 10:50pm
JUERGEN Klopp

Jangan mudah percaya ramalan - Klopp

LIVERPOOL: Bos Liverpool Juergen Klopp berkata ramalan media bahawa pasukannya akan mudah mengatasi Manchester United Ahad ini boleh mencetuskan bahaya buat pendahulu Liga Perdana itu di Old Trafford.

Liverpool berada di persada liga dengan lapan kemenangan manakala pencabarnya itu yang memiliki rekod juara liga 20 kali, melalui musim paling buruk dalam kempen sepanjang 30 tahun dengan berkedudukan ke-12 dengan sembilan mata.

Persembahan buruk pemain United menyebabkan pengulas Sky Sports dan bekas pertahanan Manchester City, Danny Mills tidak langsung menyenaraikan 11 pemain terbaik dari pasukan itu menjelang pertemuan berkenaan, namun Klopp menolaknya.

“Mengenai Sky apabila anda membuat gabungan kesebelasan utama dan meletakkan hanya 11 pemain Liverpool... itu seperti jenaka. Ia seperti melakukan kesilapan memalukan dan itulah yang mahu dilihat semua orang.

“Dunia ketika ini adalah sarkas, kami berada di tengah-tengahnya. Beberapa orang mahu kami menang dan beberapa orang mahu kami tewas... Saya tidak terpengaruh dengannya.”

United mungkin akan beraksi tanpa penjaga gol David de Gea, yang mengalami kecederaan ketika saingan antarabangsa dan pemain tengah, Paul Pogba tetapi Klopp berkata bahawa rakan sejawatannya Ole Gunnar Solskjaer bermain permainan minda dengan mengatakan pasangan itu mungkin tidak bermain.

“Saya sedar 100 peratus mengenai kekuatan United dan menjangkakan kesebelasan terbaik. Empat hari lalu Ole berkata tiada peluang untuk De Gea dan Pogba, hari ini ia ‘mungkin’ dan esok ia ‘100%’... itulah bagaimana cara ia dimainkan,” katanya. - Reuters

Berita Harian X