Khamis, 17 Oktober 2019 | 10:08am
Danilo kembali menjalani latihan penuh bersama Juventus selepas sembuh dari kecederaan paha.
Danilo kembali menjalani latihan penuh bersama Juventus selepas sembuh dari kecederaan paha.

Danilo kembali berlatih perkuat Juventus

TURIN: Danilo kembali menjalani latihan penuh bersama Juventus selepas sembuh dari kecederaan paha, umum kelab itu pagi ini.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai Juventus dari Manchester City Ogos lalu tetapi terpaksa dikeluarkan ketika Juventus menang 2-1 ke atas Brescia pada pertembungan Serie A, 24 September lalu.

Juventus menerusi kenyataan ringkasnya berkata Danilo mungkin disenaraikan berdepan Bologna, Sabtu ini.

Seorang lagi pemain, Aaron Ramsey, yang terlepas peluang membantu Wales menentang Slovakia dan Croatia pada kempen Kelayakan Euro 2020 juga sudah menjalani latihan ringan.

Pertahanan kanan, Mattia De Sciglio dan pemain sayap, Douglas Costa pula menjalani latihan berasingan manakala Rodrigo Bentancur dan Miralem Pjanic masih bercuti selepas diberi rehat tambahan susulan tugasan antarabangsa.

Juventus ketika ini mendahului carta Serie A dengan tujuh kemenagan tanpa kalah dan sekali seri untuk mengumpul 19 mata, satu mata di depan Inter Milan. - Agensi

Berita Harian X