Selasa, 15 Oktober 2019 | 1:17pm
KEVIN De Bruyne (kiri) kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan.

De Bruyne, Stones kembali ceriakan City

MANCHESTER: Kevin De Bruyne dan John Stones kembali menyertai latihan Manchester City sebagai persiapan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) melawan Crystal Palace, hujung minggu ini.

Pemain berpengaruh, De Bruyne memulakan aksi awal musim ini dengan cemerlang menerusi lapan assist gol di EPL.

Namun kecederaan pangkal pahanya menghalang dia beraksi dalam dua perlawanan City yang lalu termasuk ketika pasukannya tewas mengejut 0-2 di tangan Wolves sekali gus ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Liverpool ketika ini.

Stones pula tepaksa direhatkan susulan kecederaan hamstring sejak pertengahan September iaitu kehilangan yang begitu dirasai oleh Guardiola selepas Aymeric Laporte menjalani pembedahan lutut.

Ketika ini City bergantung kepada Nicolas Otamendi di bahagian tengah manakala Fernandinho dikerah membantu memperkuat barisan benteng diketuai pemain Argentina itu.

Sergio Aguero turut tersisih ketika berdepan Jerman dan Ecuador dalam perlawanan persahabatan sambil jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mendakwa dia berdepan masalah kecergasan dan tidak dapat menjalani latihan 100 peratus bersama kelabnya.

Bagaimanapun, Aguero kembali menjalani latihan dengan City bersama Stones dan De Bruyne, semalam.

City akan meneruskan aksi EPL menentang Crystal Palace awal pagi Ahad ini sebelum membuat perhitungan menentang Atalanta, dalam kempen Liga Juara-Juara di laman sendiri, pada Selasa. – Agensi 

Jadual Liga Perdana Inggeris

SABTU (19 Oktober)

Everton mln West Ham United, 7.30 mlm

AFC Bournemouth mln Norwich City, 10 mlm

Aston Villa mln Brighton, 10 mlm

Chelsea mln Newcastle United, 10 mlm

Leicester City mln Burnley, 10 mlm

Tottenham mln Watford, 10 mlm

Wolverhampton mln Southampton, 10 mlm

AHAD (20 Oktober)

Crystal Palace mln Manchester City, 12.30 mlm

Manchester United mln Liverpool, 11.30 mlm

 

Berita Harian X