Isnin, 7 Oktober 2019 | 10:40am

Harimau Malaya berlepas ke Vietnam

SEPANG: Skuad Harimau Malaya berlepas ke Hanoi, Vietnam pagi ini bagi mengharungi aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Anak buah Tan Cheng Hoe dijadualkan berdepan Vietnam bagi aksi ketiga Kumpulan G di Stadium Nasional My Dinh, Khamis ini.

Skuad negara membawa misi mendapatkan tiga mata dari Hanoi bagi memperbaiki kedudukan dalam carta kumpulan dengan kemenangan 6-0 ke atas Sri Lanka dalam aksi persahabatan, kelmarin menjadi pembakar semangat utama Harimau Malaya.

Harimau Malaya pada 10 September lalu tewas 1-2 ditangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas memulakan kempen kelayakan dengan langkah kanan dengan menundukkan Indonesia 3-2 di gelanggang lawan pada 5 September.

Keputusan itu meletakkan Harimau Malaya di kedudukan ketiga kumpulan di belakang pendahulu Thailand dan UAE yang menghuni tangga kedua.

SKUAD kebangsaan bersiap sedia berlepas ke Hanoi, Vietnam bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Vietnam, Khamis ini. NSTP/Muhd Zaaba Zakeria.
SKUAD kebangsaan bersiap sedia berlepas ke Hanoi, Vietnam bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Vietnam, Khamis ini. NSTP/Muhd Zaaba Zakeria.
Berita Harian X