Sabtu, 5 Oktober 2019 | 7:16pm
DATUK Omar Sidek (kiri), Datuk Wira Roslan (tengah) dan Mohd 'Arshi bergambar bersama peserta Kejohanan Futsal TNB - Media yang berlangsung di gelanggang futsal TNB, hari ini.
DATUK Omar Sidek (kiri), Datuk Wira Roslan (tengah) dan Mohd 'Arshi bergambar bersama peserta Kejohanan Futsal TNB - Media yang berlangsung di gelanggang futsal TNB, hari ini.

MPPA juara futsal TNB-Media 2019

KUALA LUMPUR: Malaysian Press Photographer Association (MPPA) muncul juara Kejohanan Futsal TNB-Media selepas menewaskan Utusan Malaysia 2-0 dalam final di gelanggang futsal Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bangsar, di sini, hari ini.

MPPA menjulang trofi selain memenangi hadiah wang tunai RM2,000 manakala Utusan Malaysia membawa pulang wang tunai RM1,500. Tempat ketiga dan keempat masing-masing milik Sinar Harian dan TV3.

Program dirasmikan Ketua Pegawai Korprorat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman. Hadir sama Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek merangkap Yang DiPertua Kelab Kilat Kuala Lumpur dan Ketua (Newsroom) TNB, Mohd 'Arshi Mat Daud.

Sejumlah 15 pasukan pengamal media menyertai kejohanan anjuran TNB dengan kerjasama Kelab Kilat Kuala Lumpur.

PASUKAN BH turut mengambil bahagian pada Kejohanan Futsal Media TNB 2019.
PASUKAN BH turut mengambil bahagian pada Kejohanan Futsal Media TNB 2019.

Pasukan lain yang mengambil bahagian ialah Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times, BERNAMA, Bernama News Channel, Radio Televisyen Malaysia (RTM), The Sun, Astro Awani, Malaysian Gazette dan Pertubuhan Media Tamil Malaysia.

Penganjuran acara futsal kali ini diadakan bersempena Bulan Sukan Negara yang disambut sepanjang Oktober ini.

Acara tahunan ini merupakan salah satu platform TNB memperkukuhkan lagi hubungan baik sedia ada dengan pengamal-pengamal media.

Berita Harian X