Rabu, 2 Oktober 2019 | 12:05pm
Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino mengakui skuad kendaliannya ‘sedikit berputus asa’ ketika dimalukan 7-2 oleh Bayern Munich. - Foto AFP
Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino mengakui skuad kendaliannya ‘sedikit berputus asa’ ketika dimalukan 7-2 oleh Bayern Munich. - Foto AFP

Spurs berputus asa - Pochettino

LONDON: Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino mengakui skuad kendaliannya ‘sedikit berputus asa’ ketika dimalukan 7-2 oleh Bayern Munich dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Selepas membuka tirai jaringan pada minit ke-12, Spurs kemudian pada satu ketika melepaskan tiga gol dalam tempoh 10 minit yang mengakibatkan gawang mereka bocor tujuh kali buat pertama kali di gelanggang sendiri.

Reaksi pemain Tottenham Hotspur selepas tewas kepada Bayern Munich, awal pagi tadi. - Foto AFP
Reaksi pemain Tottenham Hotspur selepas tewas kepada Bayern Munich, awal pagi tadi. - Foto AFP

Ketika ditemui selepas perlawanan, Pochettino mengakui pasukannya hilang semangat juang terutama pada minit-minit terakhir permainan.

“Perasaan di penghujung permainan, apabila kami melepaskan tiga gol, ia seperti pasukan sudah penat dan sedikit berputus asa,” kata Pochettino. 

“Mungkin ia menunjukkan sedikit kekecewaan kami dalam perlawanan kerana sehingga minit ke-83, kami masih bertenaga, berjuang, cuba mencipta peluang untuk mencari gol ketiga dan masih dalam permainan. 

“Tetapi mereka amat klinikal. Sudah tentu kami amat kecewa. Tiada apa yang boleh saya katakan selain daripada berkata yang saya amat kecewa. Saya merasa teruk kerana apabila kamu melepaskan tujuh gol, ia sukar tetapi kamu perlu berdepan dengan situasi seperti ini.

“Apabila kamu bermain di final Liga Juara-Juara, bagus untuk berada di sini selepas kemenangan ke atas Manchester City dan Ajax. Kini saya perlu berdepan perkara sama dan menerima yang kami tidak sebagus seperti yang diharapkan.”

Penyerang Bayern Munich, Serge Gnabry ledak empat gol awal pagi tadi. - Foto Reuters
Penyerang Bayern Munich, Serge Gnabry ledak empat gol awal pagi tadi. - Foto Reuters

Selepas kekalahan memalukan kepada Bayern, Spurs kini hanya menang satu daripada lima perlawanan terakhir selain disingkirkan daripada saingan Piala Liga oleh kelab divisyen empat, Colchester minggu lalu.

Berikutan persembahan hebat yang ditampilkan musim lalu juga, pengendali dari Argentina itu percaya kempen pasukan itu kali ini akan menjadi lebih sukar terutama untuk fokus. - Agensi

Pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Serge Aurier (tengah) diasak pemain Bayern Munich. - Foto AFP
Pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Serge Aurier (tengah) diasak pemain Bayern Munich. - Foto AFP

Berita Harian X