Sabtu, 28 September 2019 | 9:43am
PEP Guardiola dan Gabriel Jesus.

Guardiola bangga semangat Jesus

LONDON: Pep Guardiola menganggap Gabriel Jesus sebagai ‘seekor haiwan’ selepas penyerang dari Brazil itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan jumlah jaringan golnya untuk membantu Manchester City setakat ini.

Jesus hanya menyumbat tiga gol setakat ini apabila City memulakan saingan dengan mempertahankan Piala EFL menerusi kemenangan 3-0 ke atas Preston North End, namun bakal tersisih apabila menentang Everton malam esok.

Sergio Aguero kekal konsisten dengan menjaringkan gol dalam setiap perlawanan musim ini tatkala Jesus kagum dengan penjaring terbanyak City itu manakala dia sendiri bergelut melakukannya di Stadium Etihad.

"Dia amat mempersonakan. Saya membaca laporan interbiu itu dan ia amat sempurna,” kata Guardiola kepada wartawan menjelang perlawanan malam ini.

"Ia satu tanda hormat. Tiada masalah langsung. Sudah pasti dia mahu bermain. Dia adalah pemain nombor sembilan Brazil.

"Saya pernah katakan sebelum ini bahawa dia mungkin satu-satunya penyerang di dunia yang memiliki mentaliti di tahap ini, memiliki hubungan baik dengan Sergio dan semua rakan pasukan lain.

"Setiap kali dia di atas padang, sama ada dia beraksi  satu saat, dua minit atau 90 minit, dia akan beraksi seperti haiwan. Dia akan beraksi sebaik mungkin setiap kali diturunkan.

"Bukan setakat Gabriel saja, semua pemain pun begitu. Ia perkara biasa. Tidak ada masalah langsung.”

Bahkan pemain muda, Eric Garcia dan Taylor Harwood-Bellis juga menyinar ketika berdepan Preston – satu detik amat penting buat Guardiola.

City kini berdepan kekurangan tonggak pertahanan susulan kecederaan yang menimpa Aymeric Laporte dan John Stones ditambah dengan ketiadaan Vincent Kompany.

"Saya tahu mereka sedia," kata Guardiola.

"Mereka masih mentah, mereka akan melakukan kesilapan seperti mana pemain lama juga.

"Mereka pasti sudah bersedia. Mereka boleh berlatih dan bermain bersama kami. Jika mereka tak cukup sedia, maka sudah pasti mereka tak disenaraikan ketika menentang Preston." – Agensi 

Jadual Hari ini:

Sheffield mln Liverpoool, 7.30 mlm

C Palace mln Norwich, 10 mlm

Aston Villa mln Burnley, 10 mlm

Bournemouth mln West Ham 10 mlm

Wolves mln Watford, 10 mlm

Spurs mln Southampton, 10 mlm

Chelsea mln Brighton, 10 mlm

ESOK:

Everton mln Man City 12.30 tgh mlm

Leicester mln Newcastle, 11.30 mlm

SELASA

Man United mln Arsenal, 3 pagi

 

Berita Harian X