Jumaat, 27 September 2019 | 10:39am
DIEGO Simeone dan Zinedine Zidane.
DIEGO Simeone dan Zinedine Zidane.

Pertembungan tetangga Madrid penentu kebangkitan

MADRID: Real Madrid dan Atletico Madrid masing-masing mengalami krisis kecil musim ini dan hadiah terbaik untuk pemenang saingan tetangga awal pagi Ahad ini pastinya mengganggu pemulihan pencabar utama itu.

Dalam sidang akhbar minggu lalu, Zinedine Zidane ditanya enam soalan mengenai masa depannya selaku jurulatih Real Madrid, satu daripadanya ialah sama ada dia jelek dengan kenyataan umum Jose Mourinho mengenai tugasan di kelab itu.

“Saya tahu bagaimana ia berlaku,” kata Zidane. “Ia bukan mengenai sama ada ia mengganggu saya atau tidak. Jika anda kalah, sesuatu perlu diubah.”

Beberapa jam selepas itu, Atletico diikat 0-0 di laman sendiri berdepan Celta Vigo, persembahan buruk yang menimbulkan persoalan mengenai ancaman di bahagian serangan mereka yang menjadikan dua seri dan satu kekalahan dalam seminggu.

“Penyokong Atletico sangat mendesak, jadi saya tidak terkejut dengan kritikan itu,” kata Diego Simeone. “Jurulatih biasa dipersalahkan jika anda tewas.”

Saingan di Wanda Metropolitano hujung minggu ini akan menjadi pertembungan antara pasukan teratas dan tangga ketiga La Liga selain dua kelab utama dari Madrid yang melalui minggu pembukaan yang sukar.

Real Madrid di kedudukan teratas dan ketika Zidane tidak mengendahkannya, perubahan dilalui mereka agak baik.

Ia bermula ketika menentang Sevilla yang juga boleh berkedudukan teratas, dan di Ramon Sanchez Pizjuan ketika Madrid sebelum ini ini hanya menang sekali dalam tujuh tahun. 

“Kepuasan itu jelas,” kata Zidane. “Sebelum ini kami banyak dipersoalkan.” - AFP

 

 

Berita Harian X