Ahad, 22 September 2019 | 9:48am
JARINGAN Aaron Ramsey dan penalti kemenangan Cristiano Ronaldo menyaksikan juara Itali itu bangkit mencatat kemenangan 2-1 mengatasi Verona awal pagi tadi. - Foto EPA
JARINGAN Aaron Ramsey dan penalti kemenangan Cristiano Ronaldo menyaksikan juara Itali itu bangkit mencatat kemenangan 2-1 mengatasi Verona awal pagi tadi. - Foto EPA

Jaringan Ramsey, Ronaldo bantu kemenangan Juventus

MILAN: Jaringan sulung Aaron Ramsey pada penampilan pertama bersama Juventus dan penalti kemenangan Cristiano Ronaldo menyaksikan juara Itali itu bangkit mencatat kemenangan 2-1 mengatasi Verona awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Wales, Ramsey menyamakan kedudukan buat Juventus pada minit ke-31 di Turin selepas jaringan awal Miguel Veloso buat Verona manakala penalti Ronaldo memastikan tiga mata buat tuan rumah selepas rehat.

AARON Ramsey
AARON Ramsey

Ia membawa kembali skuad Maurizio Sarri ke landasan kemenangan selepas kekecewaan minggu lalu menentang lawan Serie A, Fiorentina dan seri 2-2 dalam Liga Juara-Juara berdepan Atletico Madrid pada pertengahan minggu.

“Selepas Liga Juara-Juara pasukan rasa letih, tapi perkara penting ialah mencipta kemenangan. Ambil tiga mata ini dan lihat ke depan,” kata Ronaldo.

Penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon kembali ke gawang Juventus selepas menghabiskan semusim di Paris Saint-Germain dan menyamai rekod Itali dicipta Paolo Maldini dengan 902 penampilan bersama kelab.

CRISTIANO Ronaldo. - Foto Reuters
CRISTIANO Ronaldo. - Foto Reuters

Penampilan Buffon berkembang menerusi tiga kelab – Parma, Juventus dan PSG – dengan Maldini menghabiskan seluruh kariernya bersama pencabar Serie A, Milan.

Namun pemain berusia 41 tahun itu yang bermain kali terakhir bersama Juventus juga berdepan Verona pada Mei 2018 – tidak mampu mengekalkan rekod bersih dan tewas kepada jaringan Veloso selepas 21 minit. - AFP

Berita Harian X