Rabu, 11 September 2019 | 9:53am
KEVIN De Bruyne.

Janji De Bruyne kepada Kompany

MANCHESTER: Kevin De Bruyne berkata dia sudah berjanji dengan bekas rakan sepasukan Manchester City, Vincent Kompany bahawa dia akan menyertainya di Anderlecht apabila meninggalkan Etihad.

Kompany dilantik sebagai pemain dan pengurus kelab divisyen 1 Belgium itu selepas menamatkan tempoh 11 tahun di City pada Jun.

City mengucapkan selamat tinggal kepada Kompany pada majlis perpisahan di Etihad tetapi De Bruyne berkata dia berharap akan kembali bersama pada masa depan.

“Saya harap karier beliau sama menakjubkan seperti di City,” katanya. “Saya sudah memberitahunya untuk menyimpan satu tempat dalam pasukannya buat saya dalam tempoh setahun, atau tujuh tahun, apabila saya menamatkan karier di sini.

“Jika benar dia melakukannya buat saya, saya pasti sudah ada destinasi seterusnya, tugas baharu saya,” katanya.

“Saya pasti merinduinya ketika berada di sini.”

De Bruyne memberitahu betapa Kompany mempengaruhinya untuk berhijrah ke dari Wolfsburg empat tahun lalu.

Dia berkata: “Pada ketika itu City cuba menandatangani saya dari Wolfsburg dan Vinny juga mahukan perpindahan saya ke Manchester untuk bermain dengannya.

“Dia kerap bertanya kepada saya bila saya akan datang. Dia akan berkata 'awak perlu datang', sentiasa memberi galakan buat saya menyertai City.” - Agensi

1402 dibaca
Berita Harian X